Jika anda belum membaca tajuk dan isi kandungan sebelum ini, boleh pergi ke Blogging Class 1 : Apa Itu Blog?. Saya ingin tekankan di sini, tujuan pembinaan blog ini salah satunya adalah untuk berkongsi dengan anda cara dan bagaimana untuk menjana pendapatan dengan program Adsense dan Affiliate.
Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk mendapatkan tajuk (keyword) yang sesuai dan sering dicari oleh orang ramai di pelayar internet.
Mencari Tajuk (Keyword)
Ikuti langkah-langkah berikut:
- Saya menggunakan Keyword Tool - Google Adwords sebagai rujukan. Tekan link tersebut.
- Saya akan menggunakan contoh carian "Blogging Class" sebagai tajuk (keyword) ini.
- Selepas carian selesai, anda boleh lihat paparan tajuk (keyword) pilihan anda. Apa yang penting, cariannya (Global Monthly Searches & Local Monthly Searche) perlulah tinggi dan tidaklah terlalu rendah. Pada pendapat saya, lingkungan 1000 ke atas sudah memadai.
- Jika tajuk (keyword) carian anda adalah tinggi, maka blog anda berpotensi untuk dikunjungi oleh pelayar internet di luar sana dan perlu diingat, mungkin juga saingannya juga adalah tinggi.
- Sebaliknya jika terlalu rendah, kurang orang berminat melayari blog anda walaupun tiada saingan.
Terima kasih dan jumpa lagi.
RELATED POSTS
<< Blogging Class 1 : Apa Itu Blog?
<< Blogging Class 1 : Apa Itu Blog?

0 comments:
Post a Comment