Friday, November 18, 2011

Blogging Class 2 : Mencari Tajuk (Keyword) Yang Sesuai

0 comments
Selamat datang dan ucapan salam kepada semua pembaca blog Blogging Class With Jimi ini.

Jika anda belum membaca tajuk dan isi kandungan sebelum ini, boleh pergi ke Blogging Class 1 : Apa Itu Blog?. Saya ingin tekankan di sini, tujuan pembinaan blog ini salah satunya adalah untuk berkongsi dengan anda cara dan bagaimana untuk menjana pendapatan dengan program Adsense dan Affiliate.

Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk mendapatkan tajuk (keyword) yang sesuai dan sering dicari oleh orang ramai di pelayar internet.


Mencari Tajuk (Keyword)

Ikuti langkah-langkah berikut:
  1. Saya menggunakan Keyword Tool - Google Adwords sebagai rujukan. Tekan link tersebut.
  2. Saya akan menggunakan contoh carian "Blogging Class" sebagai tajuk (keyword) ini.
  3. Selepas carian selesai, anda boleh lihat paparan tajuk (keyword) pilihan anda. Apa yang penting, cariannya (Global Monthly Searches & Local Monthly Searche) perlulah tinggi dan tidaklah terlalu rendah. Pada pendapat saya, lingkungan 1000 ke atas sudah memadai.
  4. Jika tajuk (keyword) carian anda adalah tinggi, maka blog anda berpotensi untuk dikunjungi oleh pelayar internet di luar sana dan perlu diingat, mungkin juga saingannya juga adalah tinggi.
  5. Sebaliknya jika terlalu rendah, kurang orang berminat melayari blog anda walaupun tiada saingan.
Pada tajuk yang akan datang, saya akan fokuskan kepada "Menilai Tajuk (Keyword)" untuk blog anda.

Terima kasih dan jumpa lagi.




Thursday, November 17, 2011

Blogging Class 1 : Apa Itu Blog?

0 comments
Selamat datang dan ucapan salam kepada semua pembaca blog Blogging Class With Jimi ini.

Sebelum saya memulakan apa-apa bicara, di sini saya ingin tekankan beberapa maklumat penting tentang blog saya ini. Antaranya adalah:
  1. Blog ini akan ditulis dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. (Sesetengah ayat sahaja akan diselitkan Bahasa Inggeris)
  2. Sebarang pendapat dan idea penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemahaman saya selama ini. Sekiranya dirujuk kepada blog-blog lain di luar sana, saya tidak akan lupa untuk meletakkan nota kredit kepada pemilik asal blog itu.
  3. Sekiranya anda ingin ajukan apa-apa soalan berkenaan dan berkaitan blog, sila tinggalkan pertanyaan anda di ruangan komen. Saya akan mencuba untuk menjawab pertanyaan anda itu.
  4. Ruangan "Questions & Answers" akan saya wujudkan untuk membantu anda semua. Soalan yang berkaitan dengan blog sahaja yang akan dilayan.

Apa Itu Blog?

Blog adalah singkatan kepada web log atau lebih dikenali sebagai applikasi web di mana kita boleh menulis sebarang artikel seperti meletak gambar, menulis berita dan sebagainya.

Blog adalah percuma, antara penyedia blog di internet yang percuma adalah seperti Blogger, WordPress, Blogdrive, LiveJournal dan banyak lagi.

Tahukah anda dengan adanya blog, kita mampu menjana pendapatan dengan program Adsense dan Affiliate.

Jadi sekiranya anda sudah memahami apakah itu asas penting tentang blog, bermulalah langkah-langkah anda untuk menjadi seorang blogger.

Pada tajuk yang akan datang, saya akan fokuskan kepada "Blogging Class 2 : Mencari Tajuk (Keyword) Yang Sesuai" untuk blog anda.

Terima kasih dan jumpa lagi.




 

Blogging Class With Jimi. Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com